Assalamualaikum,
Fara dah lama sgt teringin buat post ttg pregnacy ni.
1st pregnancy, mmg eksaited sgt.
Tapi awal2 hari tu takut sket..ntah la kenapa.
Kalau org tua2 dulu xbagi kecoh2 time mula2 pregnancy kan.
Selepas sebulan nikah, period fara lambat.
Fara bgtau hubby, period lambat 3hari. Beliau eksaited sangat.
(fara pun eksaited, tapi takut jugak).. takut sekadar berita palsu ke kan?
So, malam tu kami terhegeh2 pi watson beli pregnancy kit/ UPT (urine pregnancy test).
Pi bli 1 je. Dapat result yg atas tu.. samar sgt line die.
Alkisah fara xbaca direction. Fara cuma baca how to use je -.-
Then, besok tu fara paksa hubby beli lagik.
Line samar tu lagik terang! (macam xpercaya!!)
Guideline utk buat home test pregnancy:
1) beli lebih dari 1 UTP nih. in case anda xpuas hati dgn 1st test, cm fara.
2) akak2 yg senior bgtau, test paling tepat ialah clearblue. tp mahai sket.
3) seeloknya UTP dibuat time pagi2 lepas bangun tidur.
Sebenarnya, lepas 2kali UTP fara masih cm percaya xpercaya yg fara mengandung.
Seriously smpai sekarang pun cm susah nk percaya, dlm fara ade lg 1 heartbeat.
Bila kene buat medical checkup utk nak masuk USM, lg sekali fara buat pregnancy test kat pusrawi.
Seriously! Im pregnant.
Petang tu jumpa emak, mak tanye.. betul ke positif..
"haah, positif".. mak pun cm x caya nk jadi nenek kot. hahaha!!
Mak pesan, nnti pi buat buku pink.
So, kami (fara n hubby) pi ke klinik ibu n anak, 5minggu pregnant!
memang bunting pelamin sungguh la makna nye..
Alhamdulillah dgn nikmat yg Allah bg :D
masuk bulan ke 2.
lepas checkup, rasa lebih lega.
dengan gembiranya bila org tanye.."dah ade isi ke..?"
boleh jawab .. "DAH"..
Doktor kat klinik kesihatan pesan soh scan, n jgn tinggal makan acid folic.
Secara fizikal, xde la bnyk berubah,
cuma fara xselesa dah pkai jeans. fara suka pkai palazo.
Kalo mummies to be nk carik palazo, boleh bli kat Koleksi BiriBiri.
Selesa!
Breast rasa xselesa, mungkin sbb banyak hormon berubah,
fara beli nursing bra siap2 dari Modernmom.
Harga pun ok :)
Alhamdulillah, fara jarang sgt muntah2. Dalam 3 bulan pregnant ni, ade la 3-4 kali je muntah.
Tp kalo bau sos thai, udang kering, fara rse loya, tp xde la muntah.
Cuma cm xselesa. And cepat jijik tengok benda.
Pelik.
Oleh kerana fara xde muntah, belakang n sendi2 fara sakit.
Siap cilok bantal hubby buat bantal lerak kat belakang badan.
Kesian hubby :(
1st scan (2bulan = 10 weeks)
fara scan kat klinik biasa je. Kne charge rm40.
Doktor tu baik sgt. nanti fara usha nama klinik tu. Kat kajang.
Doktor perempuan.
Tp time 1st scan, hubby xikot masuk. die takut.
Happy sgt nmpak heartbeat dlm tu. ade kepala cam alien, tangan, kaki and "ekor".
Cam berudu!
Masuk minggu ke 12, fara aktif sikit.. badan pun xde penat sgt.
Getting better. Tapi fara start beli obimin dari farmasi, xingt harga die..
Obimin tu memang ade rasa loya sikit. Tapi ok la, buleh je telan :)
dan saja nak scan lagi, nak tgk progress baby.
Bulan ke 3, kami scan di klinik yg sama.
Mulanya time kami sampai, letrik xde, fara dah kecewa da.
Fara tanye sikit ngan awek kaunter tu.
Eh, tiba2 terus ade letrik! how lucky am i (and the baby)?
Ni baby scan bulan ke 3 = 14minggu.
Alhamdulillah, her/ his size now macam lemon kot.
Baby tu moving, serious menitis air mata fara bila tgk baby tu bergerak.
Tu moment yg happy and unbelieable sgt utk fara n suami.
Langsung xpercaya, ade heartbeat, dlm perut, ada reaction cmtu.
Baby siap lambai2.
Oleh sebab cuma print gambar tgn baby, ni ade video skali.
(xtau buleh tgk x)
Alhamdulillah, 1st trimester dah berakhir.
masuk 2nd trimester, makin kerap pi tandas.
Belakang pun selalu sakit, mungkin sbb postur duduk fara xbetul.
Fara suke makan benda2 manis. xyah banyak. tp nak makan.
Sedang cuba minum susu tanpa tinggal.
Insyaallah. Doakan semuanya selamat :)
ps: terima kasih banyak2 kawan2 dan customer butikpinkku yang sentiasa wish tahniah dan
doakan baik2 utk fara dan baby. terharu kot?